Kelas Asas ICT : Menghasilkan Templat Resume (Individu)
7 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniHari ini Pusat Internet didatangi oleh seorang penduduk yang ingin mempelajari bagaimana untuk menghasilkan resume ringkas bagi memudahkan proses mencari pekerjaan. Dengan menggunakan Microsoft Word, Cik Nurfitri didedahkan dengan cara untuk menghasilkan templat resume. Staf PI juga memberikan bimbingan kepadanya untuk memastikan format resume yang dibuat adalah tepat.
Antara kebaikan aktiviti ini ialah:
- Peserta didedahkan kepada asas menyediakan templat resume yang ringkas dengan menggunakan Microsoft Word
- Peserta juga mendapat bimbingan dalam menyusun atur isi penting yang terdapat dalam resume dan menggunakan fon, warna serta imej untuk mencantikkan lagi resume tersebut
- Peserta dapat menghasilkan resume yang ringkas tetapi dapat menarik perhatian majikan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: